Thursday 25 August 2022

 PROGRAM KESIHATAN KLINIK KESIHATAN JEJAWI

Program kesihatan ini bertujuan memupuk murid-murid menghargai diri dan menjaga kesihatan yang baik.Program ini telah dihadiri oelh pegawai-pegawai kesihatan serta jururawat dari Klinik Kesihatan Jejawi.Murid-murid didedahkan dengan maklumat kesihatan bagi membantu meningkatkan kesedaran kesihatan.Penolong Kanan HEM Pn Ruslina bt Senawi turut bersama dalam program ini.Saringan kesihatan juga turut diberikan kepada guru-guru serta staf sokongan sekolah.

Tuesday 9 August 2022

PERKAMPUNGAN BAHASA DAN SASTERA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN    2022

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA KONTIGEN

JPN Perlis telah diberi kepercayaan untuk penganjuran Perkampungan Bahasa dan Sastera Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan.Bertempat di Hotel PutraRegency,Kangar Perlis akan berlangsungnya Perkampungan Bahasa dan Sastera Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2022.Perkampungan ini akan berlangsung dari 10 hingga 12 Ogos 2022.

Gebang Karya,Santai Tapi Sampai,Mai Berderau akan memenuhi slot perkampungan Bahasa dan Sastera kali ini.SK Jejawi akan menjadi lokasi singgahan anak angkat bagi peserta yang akan menyertai pertandingan tersebut.LOkasi persiapan menyambut kedatangan kontigen anak angkat DK Jejawi bermula di Putra Regensy Hotel.

10 Ugos 2022

Seranai 13 orang peserta pelbagai negeri menjadi anak angkat kepada SK Jejawi,Majlis penerimaan anak angkat telah dilakukan oleh EN Zurimi bin Hashim Guru Penolong Kanan SK Jejawi.






11 Ogos 2022
Gua Kelam lokasi yang dipilih kepada anak angkat SK Jejawi dalam Perkampungan Bahasa dan Sastera  Peringkat Kebangsaan. 2022









Saturday 30 July 2022

 PERKHEMAHAN LENCANA KERIS GANGSA

Pada 30 hingga 31 Julai 2022 Ahli Pasukan Pengakap S K Jejawi telah menyertai Perkhemahan di SK Panggas.Perkhemahan selama 2 hari 1 malam telah memberi pengalaman baharu bagi mereka dalam membina keyakinan diri ,bakat serta kemahiran  berpengakap.Seramai 14 orang ahli pengakap telah menyertai  perkhemahan ini.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh GuruBesar SK Panggas..Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Azmi B. Abdullah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis ,Hamidon bin Ahmad Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis,Amran B. Ali Pesuruhjaya Pengakap Daerah Perlis Timur.Perkemahan mencapai objektif dan berjalan dengan baik dan lancar.

Wednesday 27 July 2022

KEJOHANAN BOLA BALING PKP JEJAWI

Bertempat di Arena Futsal Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra berlangsung Kejohanan Bola baling PKP Jejawi pada 26 hingga 28 Julai 2022.Pertandingan berlangsung dalam liga kumpulan , peringkat separuh akhir dan peringkat akhir.PKP Jejawi telah menjadi Johan bagi Kejohanan ini.

Sunday 20 June 2021

NORMA BAHARU PdPR 2021

17 Mei 2021 Hingga 28 Mei   2021 merupakan PdPR bagi semua murid berikutan PKP 3.0. PdPR telah dilaksanakan semula pada 14 Jun Hingga 17 Julai 2021.Pihak sekolah mengambil beberapa langkah bagi memastikan semua pelajar dapat meneruskan pembelajaran dalam kebiasaan yang baharu.Antara pendekatan di lakukan meliputi keperluan serta respon daripada penjaga.

Pendekatan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah antaranya PdPR secara online menggunakan platform  sesuai untuk pembelajaran murid.Melalui pendekatan ofline pihak sekolah juga telah menyediakn modul yang diserahkan kepada penjaga melalui modul drive through ( Modul Drive Thru ).










Saturday 15 May 2021

 SAMBUTAN HARI GURU 2021

Sambutan Hari Guru tidak dijalankan pada tahun 2021.Namun profesion keguruan terus menyumbangkan jasa dalam kemelut pendamik Covid-19.Komitmen guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran terus dituntut demi kecemerlangan pelajar dalam pendidikan. Ucapan Selamat Hari Guru terus diterima dari pihak sekolah ,komuniti serta pelajar tetap meningkatkan movasi guru.






Monday 1 March 2021

 NORMA BAHARU PDPC BERSEMUKA 2021

Pembukaan sekolah secara berperingkat mulai bulan Mac telah diwartakan ekoran penularan pendamik Covid-19.Sesi persekolahan secara bersemuka telah menjadi kelaziman ke arah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran murid.Pematuhan SOP yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia terus dipatuhi oleh semua.